PELAKSANAAN DIGITAL LEARNING CENTRE (DLC) 2021-2025 INTAN BUKIT KIARA, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PELAKSANAAN DIGITAL LEARNING CENTRE (DLC) 2021-2025 INTAN BUKIT KIARA, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Projek Pembangunan Pembangunan Kompetensi Digital (Digital Government Competency Devevelopment, DGCD) mensasarkan untuk memperkukuhkan Program Pengajian Teknologi Maklumat dan Pembangunan Teknologi (InforMAtion Learning And TEChnology Development Programme-IMATEC) sebagai Pusat Pembelajaran Digital (Digital Learning CentreDLC). Untuk mendapat gambaran bagi perancangan pelaksanaan DLC, INTAN mengambil inisiatif melaksanakan sesi libat urus bersama industri yang telah berjaya melaksanakan program pembelajaran digital. Melalui sesi libat urus dengan industri, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah membangunkan mdoel DLC mengikut acuan sektor awam.

MODEL DLC

Rajah 1: MODEL DLC

Model DLC (Rajah 1) telah dibentang sebagai Kertas Makluman Pelaksanaan Pembangunan Dan Peningkatan Pengetahuan Serta Kemahiran Digital Sektor Awam Di Bawah Digital Learning Centre Mesyuarat Jawatankuasa MyDIGITAL Kluster Kerajaan Bilangan 3 Tahun 2021 pada 21 September 2021 yang di pengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali.

Hasil perkongsian sesi libat urus mendapati bahawa industri yang telah melaksanakan DLC sepenuhnya telah mempunyai kemudahan asas digital yang stabil serta pasukan kerja (task force) yang berkemahiran asas digital. Kemudahan itu adalah capaian kelajuan internet yang mencukupi, bekerjasama dengan pembekal pembelajaran online, pelaksanaan melalui pengkomputeran awan, pelaksansaan pembelajaran digital secara sepenuhnya secara dalam talian (e-learning), pembelajaran yang terancang dan pembangunan kemahiran digital secara berfokus. Pembentangan perancangan INTAN dalam Sesi Libat Urus telah menarik minat pemain industri seperti PricewaterhouseCoopers Malaysia (PwC), Air Asia Redbeat Academy, Petronas Digital Academy, Digital Transfromation Agency (DTA), Australian Public Service (APSC) dan Microsoft Malaysia.

Bagi merancang pelaksanaan ini, INTAN terlebih dahulu melihat kepada ketersediaan IMATEC sebagai DLC dan telah mengenalpasti beberapa jurang yang boleh ditambahbaik. Sebenarnya, keupayaan IMATEC sebagai DLC telah wujud sebahagiannya iaitu melalui kestabilan Pusat Data INTAN sebagai nadi kepada keperluan digital. Ianya turut disokong oleh MAMPU sebagai pembekal utama teknologi dan perkhidmatan digital. Bagi pembelajaran digital, makmal ICT telah tersedia dengan kemudahan komputer dan sidang video yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Begitu juga perancangan modul pembelajaran dirujuk kepada pelan-pelan dan dasar sedia ada serta dipantau oleh Jawatankuasa Pembangunan Latihan dan Kurikulum INTAN (JPLKI) yang mementingkan kepada Rancangan Sesi Pembelajaran (RSP). Pengguna data pegawai awam (HRMIS) bagi tujuan kajian celik digital, data peserta kursus bagi pengukuran kompetensi digital dan data bahan kursus juga tersedia bagi melihat tahap kompetensi kursus. IMATEC juga telah menyediakan aplikasi dan platform seperti INTAN Event Management Gateway (i-EMG), INTAN Digital Training Information & Management System (DTIMS) dan E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) dalam menguruskan pelaksanaan latihan penjawat awam. Model DLC juga dapat membantu pencapaian objektif pelaksanaan MYDIGITAL bagi Inisiatif 7.

Model DLC INTAN merangkumi 5 elemen iaitu Digital Foundation, Digital Content, Digital Skill Development, Digital Training and Learning, dan Digital Competency Tracking & Monitoring.

Pertama: Digital Foundation

Di era digital, perhubungan atau komunikasi adalah melalui rangkaian intranet dan internet. Kemudahan rangkaian intranet dan internet adalah menjadi keperluan utama masa kini. INTAN hendaklah menyediakan kelajuan internet yang bersesuaian dengan trend teknologi masa kini. Walaupun INTAN mensasarkan pegawai awam dalam mengikuti latihan namun amat penting untuk setiap latihan ditentukan kumpulan sasaran seperti pelaksana, pengurusan , professional, dan pengurusan tertinggi agar matlamat pelaksanaan latihan tercapai. Kajian keperluan kepada padanan tugas dengan keperluan latihan adalah satu keperluan ketika ini bagi memastikan kompetensi pegawai awam sentiasa terkini dan relevan dengan tugasan. Pelaksanaan penilaian bagi mendapatkan jurang celik digital dalam menentukan tahap celik digital di kalangan penjawat awam adalah satu maklumat yang penting. Satu penilaian celik digital telah dibangunkan oleh INTAN bagi membolehkan INTAN mendapatkan sasaran pegawai awam yang memerlukan latihan asas digital yang bersesuaian.

Kedua: Digital Content

Mengenalpasti bidang keperluan digital yang diperlukan adalah penting bagi menentukan latihan yang diperlukan dalam meningkatkan kemahiran digital. Justeru, kepentingan membuat padanan dengan bidang tugas semasa agar latihan digital yang disediakan selari dengan keperluan agensi/jabatan. Membangun/mendapatkan bahan pembelajaran yang telah dikenalpasti secara dalaman atau berkolaborasi dengan agensi dan industri boleh membantu INTAN mempercepatkan proses penyediaan kursus. INTAN akan membangunkan 57 modul pembelajaran DGCCR yang terdiri daripada tahap 1 hingga 4 dengan merujuk kepada rangkakerja DGCCR. Modul pembelajaran dan pakej pembelajaran IR 4.0 turut disediakan bagi melahirkan penjawat awam yang boleh menguruskan projek-projek yang berteknologi tinggi. INTAN juga turut melanggan kursus dalam talian bagi mempelbagaikan keperluan latihan kepada pegawai awam.

Ketiga: Digital Skill Development

Mengenalpasti keperluan sistem penyampaian digital dengan menentukan kaedah penyampaian latihan seperti secara dalam talian atau/dan bersemuka. Menyediakan program khusus untuk celik digital. Mengkategorikan pegawai awam mengikut kumpulan sasaran supaya latihan lebih berfokus terutamanya kepada mereka yang perlu meningkatkan pengetahuan digital. Membangun/mendapatkan bahan pembelajaran mengikut peringkat atau tahap agar bersesuaian dengan tahap penerimaan pegawai awam. Dengan ini pegawai awam lebih berminat untuk terus meningkatkan pengetahuan digital.

Keempat-Digital Training and Learning

Memantapkan platform latihan dan pembelajaran dalam talian yang menyokong teknologi terkini. Memastikan bahan kursus mengikuti ketetapan standard. Menyediakan kemudahan capaian bahan pembelajaran melalui platform single sign-on bersama-sama sistem legasi INTAN secara berterusan. Pembangunan platform e-learning baharu selari dengan keperluan dan trend terkini,

Kelima-Digital Competency Tracking & Monitoring

Memandu pegawai awam mengikuti kursus melalui pelan perancangan pembelajaran dengan menetapkan sasaran pelaksanaan latihan secara individua atau berkelompok. Memastikan bahan pembelajaran sentiasa terkini dan dibekalkan secara berterusan. Pembudayaan pembelajaran digital haruslah secara menyeluruh dan berterusan kepada sektor awam. Pelaksanaan program DGCCR Certified Trainer melalui modul latihan Train of Trainer (ToT) kepada 250 pegawai awam agar menjadi penyampai kepentingan latihan digital di tempat masing-masing. Begitu juga dengan hebahan manfaat projek DGCD kepada pegawai awam. Pelan Pengurusan Perubahan DGCD juga telah dirancang sepanjang tahun 2021-2025.

Dengan wujudnya Model DLC akan membantu INTAN untuk merancang pelaksanaan bagi memenuhi jurang dalam merealisasikan DLC di INTAN. DLC akan mencapai matlamat dengan sokongan padu pelaksanaan infrastrukrurt ICT dan infostruktur ICT serta modul-modul pembelajaran yang selari dengan keperluan penjawat awam dan perubahan teknologi. Adalah yang lebih penting ialah sokongan dari pengurusan dalam menjayakan agenda digital sektor awam.

 

Oleh:

DR. AZLENA BINTI HARON
Timbalan Ketua Program (Aplikasi)
Sub Program Aplikasi, Portal dan Multimedia
Program Pengajian Teknologi Maklumat & Pembangunan Teknologi (IMATEC)