Pengenalan DGCD

Latar Belakang DGCD
|
Projek Pembangunan Kompetensi Kerajaan Digital (DGCD) adalah untuk memberi fokus kepada pemerkasaan kompetensi digital penjawat awam berdasarkan rangka kerja Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) melalui pewujudan Digital Learning Centre (DLC) di INTAN Bukit Kiara Pelaksanaan Projek DGCD merupakan salah satu strategi dalam mencapai teras utama dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang telah dilancarkan pada 19 Februari 2021. |
Objektif DGCD

Menjadikan IMATEC sebagai Pusat Pembelajaran Digital bagi Sektor Awam (Digital Learning Center, DLC).

Melahirkan Penjawat Awam yang berkompetensi digital melalui program kompetensi digital serta mampu menyokong ekosistem Kerajaan Digital
Skop Projek DGCD
Komponen I: Pengurusan Projek dan Pengurusan Perubahan.
Komponen ini merangkumi perkara-perkara seperti dokumentasi pengurusan projek dan melaksanakan aktiviti pengurusan projek.
Komponen II: Keperluan Perkakasan
Komponen ini merangkumi perkara-perkara seperti membekal, memasang, mengkonfigurasi dan menguji perkakasan di Pusat Data Sektor Awam (PDSA), membekal, memasang, mengkonfigurasi dan menguji peralatan makmal CISCO dan membekal, memasang, mengkonfigurasi dan menguji peralatan AV rakaman video bilik kuliah.
Komponen III: Keperluan Perisian
Komponen ini merangkumi perkara-perkara seperti membekal, memasang, mengkonfigurasi dan menguji perisian IR4.0, membekal, memasang, mengkonfigurasi dan menguji perisian keselamatan siber dan membekal, memasang, mengkonfigurasi dan menguji lesen-lesen pengajaran yang berkaitan.
Komponen IV: Pembangunan i-LMS
Komponen ini merangkumi perkara-perkara seperti membangun, mengubahsuai, mengkonfigurasi dan migrasi perisian i-LMS.
Komponen V: Pembangunan Application System For Digital Competency Monitoring (ASDCM)
Komponen ini merangkumi perkara-perkara seperti membangun dan mengkonfigurasi perisian ASDCM.
Komponen VI: Rangkaian
Komponen ini merangkumi perkara-perkara seperti membekal, memasang, mengkonfigurasi dan menguji perkakasan rangkaian.
Komponen VII: Pembangunan Online Content Development and Enrichment
Komponen ini merangkumi perkara-perkara seperti membangunkan modul online content yang mengandungi 80 pembangunan bahan kursus sektor awam dan 57 pembangunan bahan kursus DGCCR learning modules.
Komponen VIII: Pembangunan Pakej Pembelajaran IR4.0
Komponen ini merangkumi perkara-perkara seperti membangunkan modul pembelajaran IR4.0.
Komponen IX: Latihan Teknikal dan Pensijilan
Komponen ini merangkumi perkara-perkara seperti mengendalikan latihan teknikal dan pensijilan untuk warga intan dan agensi lain.